![]() |
Dari Angkasapuri ke Putrajaya. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2005-01-18 7:29 a.m.
Tak ramai yang suka nak pindah ke Putrajaya ni.Sebab utamanya adalah ramai yang dah beli rumah kat area KL macam kat Gombak, UK, Keramat, Selayang, Cheras.Yang nak pergi sangat adalah mereka yang beli rumah menghala ke selatan macam kat Kajang, Bangi, Serdang, Nilai.... Bagi Auntie pulak, memang nak sesangat kesana, satu sebabnya kerana rumah Auntie dekat dengan Putrajaya, satu lagi Auntie ni kan ke dah dekat nak pencen...jadi nak juga le rasa tempat yang orang kata canggih manggih ni....kebetulan pulak Cik Din pun dah mula bertugas disana...lagi le rasa nak pergi. Lepas buat entry nih Auntie akan mengarang surat tukar le pulak nampak gayanya. ************************************************** Kononnya, mulai pertengahan bulan Februari ni Si Anja nak mula berdikari.Dia nak duduk dengan kenkawannya.Bagi Auntie ini adalah satu langkah yang baik. Auntie sangat mengalu-alukan hasrat hatinya.Si Anja nih...memang le manja dengan Auntie...walau pun Auntie tidak le memanjakannya....hidupnya sungguh senang....semua tersedia didepan mata. Dia boleh bincang apa saja dengan Auntie tanpa ada batasannya. Dia juga tidak segan silu bertanya bab yang agak 'sulit' dengan Auntie....Lately dia rajin juga dok cerita perihal seorang gadis yang rajin dok SMS kat dia.Gadis ni kerja satu ofis dengan nya tapi kat different department....Baru ni dia tunjukkan image gadis ni yang dia simpan dalam H/phonenya.....Auntie tunjukkan pada Cik Din....dengan selamba Cik Din kata...." Mak lagi lawa dari budak ni masa muda dulu..."....(...hemmm...sekarang mak dah tak lawa lagi.....dah kerepot!!!) Mudah-mudahan Anja lebih bertanggungjawab bila dia terpaksa uruskan diri **************************************************** Si Jim pulak rasa resah gelisah bila Auntie kata kemungkinan kami akan berpindah ke rumah sendiri.Kalau boleh dia tak nak kesana, sebab kena tukar sekolah dan terpaksa tinggalkan kenkawan dia. Dia dah mula seronok bersekolah, rajin pulak dengan homeworknya....yang tak tahan tu kejap-kejap hantar SMS kat Auntie....maklum orang baru dapat h/phone. Dia bukan main kedekut lagi....duit belanja sekolahnya, kalau boleh langsung dia taknak guna, sebab nak guna untuk reload h/phonenya. Yang letihnya, kalau disuruh tolong beli barang keperluan dapur kat kedai mamak belakang rumah tu, pantang je ada balen duit....dia nak je....semuanya nak dikumpul masuk tabung dia. Berbagai cara dia lakukan untuk membanyakkan dana tabungnya.....surat khabar lama diasingkan dan diikat rapi....besi-besi buruk diangkut kerumah.....apa-apa saja yang oleh ditukar dengan duit.....;) ***************************************************** Dua tiga hari lagi kita nak sambut hari Raya Korban. Pelik ek?....kalau kita amati, satu iklan pun tak dibuat untuk raya haji....nih....'Syoknya Fatt Choy ada pulak...tak kisah le....yang pelik tu orang kita le pulak sibuk dok meraikannya. Kita pun macam tak terasa pulak yang kita nak sambut raya haji nih.Kat ofis pun tak dengar orang sibuk nak buat persediaan untuk raya ni.....sapa pun tak sibuk nak buat kueh ke, nak beli baju raya ke... Auntie, insyaallah akan balik beraya dikampung Cik Din....tak tahu lagi bila, hari apa?....bergantung kepada Si Amir.Kalau Amir balik KL pada hari Khamis...nampak gayanya kami kena beraya diKL le sekejap, lepas sembahyang raya, baru le boleh balik kampung. Si Amir pun satu hal le juga....tak dengar khabar berita.Isy...rasa nak sekeh je..... Rinduuuuunya Auntie pada dia. *********************************************************** Selamat Menyambut Hari Raya Korban... Ada sesapa buat korban ke?.....Auntie belum pernah buat lagi..... P/s....hanya berkorban jiwa dan raga untuk keluarga.....;) *********************************************************** |