Problema..

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2005-01-26 7:08 a.m.

Problema.....


Isy, memang benarlah kalau ada orang tu kata Auntie hanya up-date blog setahun sekali.....TETAPI, dia pun apa kurangnya.-:)

Banyak perkara dah selesai. Raya dah, korban pun dah...yang tak selesai lagi adalah berbagai masalah, baik masalah kat ofis begitu jugak masalah kat rumah.
Kena tackle satu per satu. Masalah ni kalau kita fikirkan sangat, mau pecah kepala kita. Kalau tak fikir pun tak boleh jugak.Masalah tidak akan menjadi masalah lagi apabila ianya dapat diatasi.

Banyak betui masalah Auntie sejak kebelakangan ni hingga mood pun hilang, idea pun terus juga berantakan.Insyaallah, semuanya akan settle.

************************************************************

Pada yang mengucapkan selamat hari raya haji pada Auntie, Auntie ucapkan terima kasih. Dek kelam kabut dan berserabut, Auntie terus je lupa nak ucap perkara yang sama pada kalian semua.Harap maaf.

************************************************************

Raya Haji dah berlalu. Auntie dengan Cik Din beraya di Pekan Pahang. Budak tiga ekor tu raya di KL.Auntie balik lepas sembahyang raya. Setelah makan bersama anak-anak baru le kami bertolak. Auntie hanya sempat masak nasi impit dengan kuah kacang dan goreng mee hoon saja.
Di Pekan pun rayanya kurang meriah. Cik Din, bagaimana pun tersangat le gumbiranya, almaklum dapat jumpa mak dia.Satu lagi yang menggumbirakan hati dan perutnya adalah kerana dia dapat menjamu selera dengan berbagai makanan/juadah kegemarannya yang Auntie sendiri tak pandai nak menyediakannya seperti laksa Pahang, nasi dagangan, nasi ulam, nasi kerabu...pendek kata berbagai makanan orang pantai timur.Tak ramai adik beradik Cik Din yang balik beraya. Tak le sesak sangat rumah mak Cik Din. Hari Sabtu, Auntie dah balik semula ke KL. Hari Ahad si Amir dah nak balik semula ke asramanya.

Pagi Ahad tu, Auntie sedang sibuk memasak untuk b/fast...dalam lebih kurang pukul 6.30 pagi, telefon berdering....alamak!...pepagi buta nih kalau ada orang telefon rasa seriau....sah! ada berita buruk......kawan ofis Auntie, yang sedang sakit di GH, meninggal dunia.Rasa lemah longlai kakitangan...Auntie bercadang nak lawat dia petangnya nanti.Nasib baik le Auntie sempat melawatnya sebelum dia menjalani pembedahan. Dia mengidap kanser tulang. Tak sempat dia berpencen, pergi jugak kawan Auntie tuh.....Al-Fatihah untuk Kak Aluyah. Dia meninggalkan suami dan 5 orang anak. 3 anaknya dah bekerja, 2 masih belajar.
Pagi tu, selepas menghantar Amir ke stesen bas, Auntie dengan Cik Din sempat le menziarahi jenazah arwah. Ramai le sahabat handai kami yang datang...sedih,sedih, sedih, dan sedih!.Semuanya pakat mengalirkan airmata....apalah lagi bila kami tengok anak bongsunya (dah remaja) begitu khusuk membaca Yasin dengan suara yang begitu sayu dan sebak, tersekat-sekat.....mudah-mudahan roh Kak Aluyah ditempatkan dimakam yang terpuji bersama-sama mereka yang dikasihi Allah.

**************************************************************

Isnin dah mula kerja. Hemmm... apa nak jadi dengan Auntie nih.....?...tak habis-habis dengan rasa malas!....nak kena pergi kursus motivasi nih!

**************************************************************

Surat mohon tukar Auntie masih tak keluar dari bilik bos. Sebelum raya, Auntie dah masuk jumpa dia...dia kata no problem,...tapi dah nak masuk seminggu lebih tak keluar-keluar lagi....apahal pulak?....isy....!

************************************************************

Satu problem dah selesai. Cik Din dah tak gundah gulana lagi.Dah setahun dia tak happy dengan tempat kerjanya (kat Angkasapuri tu..)Tempat kerja baru nampaknya memberi semangat baru padanya. Cuma agak jauh nak berulang-alik KL-Putrajaya. Insyaallah Auntie juga akan menyusul ke sana.
Auntie yang frust sesangat....dah tak dapat nak tengok cerita Philipina (jam 5.00 - 6.00 ptg.- Channel 8-Astro Prima)yang telah Auntie ikuti sejak episod pertama lagi. Cerita ni dah nak habis pun...tuuu yang rasa frust.Sebenarnya Auntie masih boleh tengok repeatnya pada jam 12.30 malam.....isy....tak kuasa le...Auntie ni bukan jenis tidur sampai jauh malam. Time tidur Auntie adalah jam 10.00 saja. Orang tua kena cukup tidurr:)...nasib baik le, ada geng yang tengok cerita ni....dia akan bercerita le pulak kat Auntie...hi!...hi...!

************************************************************