Tanggungjawab.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2005-02-08 3:06 p.m.


Tanggungjawab.

Kalau diikutkan rasa, malas sungguh nak up-date.Tapi, bila dikenangkan masih ada jugak pembaca yang datang berkunjung...kesian pulak.

Masih banyak permintaan rupanya.....masih ada rating...(perasan!!!!)

Auntie dah kekeringan idea, dah banyak topik Auntie cover, tak percaya cuba try check tengok.

Esok, Cina dah raya. Kami kat ofis, dalam masa seminggu kebelakangan ni..hari-hari dok makan limau.Kejap-kejap kupas sebiji, kejap-kejap kupas sebijik. Ada saja limau yang sampai, berkotak-kotak...almaklum bahagian Auntie ni pulak, kebetulannya Bhg. Tender..ada saja kontraktor yang menghantarnya.Rata-rata depa ni bagi kat bos-bos le...kami yang kaum bawahan ni dapat le merasa.Seingat Auntie le, budaya bagi limau kat ofis ni, baru 2,3 tahun ni saja. Sebelum tu, kalau depa nak bagi pun, sorok-sorak...tidak lagi sekarang...dah terang-terangan.Dulu takut orang kata rasuah, sekarang orang dah tak kata dah kot....hamper pon dok mai bertalu-talu...pelik juga, kata tak boleh?

Sapa nak jawab tu?.....terconfius kejap Auntie nih!
Confius pun, orang bagi limau dok bantai semacam le jugak!!

Auntie dah rasa tak sabar nih...esok, cuti, lusa cuti, tulat cuti, tungging cuti,..pung**** pun cuti jugak...yahooo, lima hari...lama tu...sayangnya duit pulak dah kering...kalau macam MA lain le...duit dia berguni-guni...boleh pi jenjalan sesuka hati..boleh pergi sampai ke hujung dunia! Jadi, nampaknya Auntie hanya lepak-lepak kat rumah je le jawapnya...dah tentunya, tugas resmi sebagai ibu berjalan sepenuh masa, pepagi lagi kena buat b/fast.Lepas tu, membasuh kain baju, mengemas rumah, lap sana, lap sini, mop sana, mop sini.
Selesai tu, masuk dapur pulak. Memasak le pulak. Auntie dah dapat membayangkan, betapa letihnya nanti. Namun keletihan tu rasanya berbaloi juga bila tengok anak-anak dan suami makan dengan penuh selera. Selalunya, kalau rajin,Auntie akan masak juga untuk minum petang sekali.senang nanti boleh relax..Alah, bukan selalu nak buat minum petang ni.

Saat yang paling Auntie nantikan ialah waktu selepas solot zohor, masa tu Auntie dapat lepak-lepak depan TV tanpa gangguan…sambil baring-baring. Selalunya , tak sampai ½ jam….TV tu yang tengok Auntie...:-)


Di rumah sekarang tinggal Auntie, Cik Din & Jim saja. Rasa juga sunyinya. Kalau tidak, sekali sekala terdengar juga suara Jim dengan Anja bertekak. Tiap malam Jim mengurung diri dalam biliknya, sibuk dengan h/work, ada masa main PSnya atau membaca komik Ujang.Anja pulak dah mula tinggal di rumah bujang. Insyaallah tak de aral melintang Si Amir akan sampai pagi esok.

Kenkadang rasa juga rindu suara tangisan anak-anak kecil.La ni, depa semua dah remaja. Cik Din kata ‘kita tunggu saja suara cucu menagis’…..hemmmm...Anja tu baru masuk 20 tahun, takkan nak kawin dah?.....kalau pompuan tu satu hal le jugak.Rasanya dia kena stable dalam banyak hal…duit ringgit, keperibadian, kewibawaan, kematangan, bertanggungjawab dalam banyak perkara….dan yang penting sekali cukup ilmu dunia dan akhirat.Auntie selalu bagi tahu bebudak tiga ekor ni,depa lelaki, nak jadi ketua keluarga, nak jaga anak isteri…bukan setakat atas dunia,di ‘sana’ nanti juga akan disoal siasat…..ingat tu pemuda-pemuda sekalian.

*******************************************