![]() |
Kerja Keras. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2005-02-16 12:43 p.m. Kerja Keras. Lama sungguh bercuti kali ini hingga rasanya macam dah lupa pulak nak datang ke ofis.Nasib baik Auntie ada 'pemandu' kalau tidak, sah dah lupa jalan nak pergi kerja tuh....:-) Macam Auntie kata hari tu le, Auntie tak ke mana-mana pun. Dok memerap kat rumah saja, melayan kerenah anak dan suami. Kebetulan pulak Cik Dinnya tak sihat pulak, asyik sok, sek,sok sek...bersin sana, bersin sini sambil menyebarkan kuman-kuman penyakit. Memang seperti yang Auntie jangkakan, sungguh penat rasa badan bila berada dirumah macam tak cukup kakitangan dan tak cukup masa nak 'mengerjakan' berbagai tugasan rumah tangga. Sungguh bertuah mereka-mereka yang ada maid/pembantu rumah/bibik dan babu!....gamaknya le, kalau Auntie pun ada satu, badan Auntie tentunya bertambah 'gebu'....:-) Patut le Cik Lelahiro pernah merungut kepenatan mengerjakan urusan r/tangga nih. Kemuncak daripada segala kepenatan tuh, maka pada pepagi Sabtu lalu, Auntie 'tumbang' jugak akhirnya. Auntie telah diserang dengan 'pusing kepala' yang agak teruk juga sampai nak baring salah, nak duduk pun salah, terasa keadaan sekeliling berpusing ligat. Auntie mula rasa loya dan muntah-muntah....(ha...jangan nak senyum-senyum ye....ini bukan loya orang ngandung ye).....:-( Alhamdulillah, kini dah beransur pulih. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Masuk ofis hari Isnin….malasssnya makcik!!! Tapi nak buat macam mana? Kena kerja le jugak…..macam tu le selalunya. Kerja dah mula banyak. Permohonan pertukaran Auntie pun masih di awangan , bos bahagian setuju untuk lepaskan Auntie sebab ada penggantinya. La ni tunggu surat resmi dari bahagian pentadbiran saja. Auntie dah merisik khabar….dengarnya hanya tunggu masa je….hiiii…tak sabar rasanya nak beralih angin nih! Putrajaya…..please wait for me…… Auntie sebenarnya, walau pun bertukar masih lagi di bawah Jabatan yang sama, cuma di bawah Kementerian lain sebabnya…bahagian yang Auntie nak pergi ni adalah satu-satunya bahagian di Jabatan kami ni yang bernaung di bawah Kementerian Pertanian Dan Asas Tani, yang lain tu di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jawatan Auntie memang tak membolehkan Auntie bekerja di pelbagai Jabatan….satu Jabatan saja dari mula kerja sampai le pencen!......close department gitu…
|