Kalut.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2005-02-24 8:29 a.m.

Kalut.

Assalamualaikum kepada pembaca sekelian.

Lama Auntie tak update. Cerita banyak, tapi tak tahu yang mana satu nak didahulukan. Ikutkan perasaan banyak sekali nak dicurahkan kat sini. Sejak kebelakangan ni banyak sangat yang tak memuaskan hati Auntie, terutamanya bila datang ke ofis....Auntie tak de masalah bila berada dirumah.

Kat ofis Auntie ni, sejak akhir-akhir ni, nampak macam ada berbagai kekalutan.
Bos bahagian, pompuan. Penolong Kanannya ada 3 orang, 2 lelaki, satu pompuan.Yang pompuan rapat le dengan bos, yang lelaki macam tak sebulu dengan bos pompuan nih....yang lelaki selalu 'hilang' dari ofis, bila bos pompuan tak de.....yang kami orang bawah hanya dapat perhati gelagat depa nih!. Yang lelaki asyik kutuk bos.Hemmm...tak tahu le....Auntie dah lama kat bahagian ni...dulu-dulu tidak begini. Bos-bos semua rajin kerja, tak pernah keluar time pejabat....memasing tak bergerak dari tempat duduk...semua rajin dan dedikated, tak macam la nih.....awat jadi macam nih hah?....Auntie yang dah tua nih, rasa tak seronok dah nak buat kerja macam dulu...kita di beri amanah untuk menjalankan tugas, cukup bulan dapat gaji....tapi kalau asyik 'hilang' je macam mana?...bila ada perkara urgent....orang kecik-kecik nih dikejar-kejar.....ada ke patut Auntie disuruh bertanya kepada Pengarah Negeri Sabah kenapa dia sign satu dokumen yang dia sebenarnya tiada kuasa????....takkan seorang yang berjawatan "bangla" cam Auntie nih kena tanya....mana sesuaikan?????......tuuu...yang buat Auntie jadi fed-up!....yang depa malas nak tanya...eee..geramnya!!!!Itu baru satu contoh je...banyak lagi perkara-perkara yang tak patut kita buat, kena buat jugak....apa nak kata..."s.y.m.p" (saya yang menurut perintah)

Surat pertukaran Auntie pun masih tiada jawapan drp Bhg. Pentadbiran.Ini semua gara-gara bos Bahagian Auntie masuk campur pasal pertukaran nih.Auntie buat secara suka-sama suka...bos Auntie pulak takmo pegawai yang Auntie nak mutual tu, dia nak orang lain...Pengarah Pentadbiran dah bengang dengan bos Auntie. Isy.....Auntie jadi mangsa nampaknya.

Bahagian yang nak ke Putrajaya pun dah dapat green light....akhir April ni depa akan berangkat...jangan Auntie tertinggal dah le.....
Sejak Cik Din berulang ke Putrajaya ni....teruk le sikit....minyak kereta seminggu hampir RM50/- bayar Tol lagi.....hemmm....bertambah bengkok le kami yang tak berwang nih! Kalau Auntie sekali ke Putrajaya juga ada le kurang sikit budget tu....

************************************************************

Zar - Nak jumpa Akak....bole saja...insyaallah. Harap Zar tak keberatan...kalau jalan dengan Akak kena pimpin tangan...:-)

Sri - Sri, Akak dah tak boleh berjogging...berjalan pun tak boleh jauh-jauh sangat....Dulu rajin jugak ke Tasik Permaisuri tuh.

Farahhuzair - setakat nak berkenalan...no, problem..kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

P-Nut - ya...insyaallah kita akan berjumpa.

**************************************************************