![]() |
"My Love..." lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2005-03-01 7:38 a.m. "My Love...." Semalam Auntie ada appointment dengan doktor orthopedik.Pepagi lagi Auntie dah tercongok depan kelinik tu. Jam baru pukul 7.00 pagi.Pintu dia pun belum dibuka lagi.Temujanji Auntie pukul 11.00 pagi. Terpaksa keluar awal, boleh tumpang Cik Din je....safe duit teksi RM6/-....la ni kena jimat-jimat sikit, kena buat kedekut sikit...:-) Ramai pesakit dah mula berkerumun kat depan pintu yang belum dibuka...depa ni sebenarnya nak rebut nombor...Auntie tahu....tapi depa ni tak tahu, nombor tidak diletakkan kat kaunter, tapi, nurse akan semak kad lawatan dan kemudian baru bagi nombor ikut time appoinment memasing. Walau pun menunggu lama, orang ramah-tamah macam Auntie tak akan boring punya...:-)....kebetulan seorang lelaki India duduk sebelah Auntie. Melihatkan cara dia berpakaian dan percakapannya Auntie dapat mengagak yang dia ni mungkin seorang pesara kerajaan. Tepat sekali bila ditanya, rupanya dia dulu seorang pegawai polis berpangkat ASP. Apa lagi, kami rancak bersembang, dari topik penyakit yang kami hadapi sampai le ke topik jenayah, keluarga,politik, PATI...banyak yang kami cover..maklum le menunggu hampir 4 jam. Aya tu sampai offer nak hantar Auntie balik rumah..Auntie terpaksa tolak sebab dia punya urusan selesai lebih awal. Urusan Auntie selesai pukul 12.00 lebih. Terus je pergi cari makan kat tempat makan berdekatan dengan Stadium TPCA. Lepas makan Auntie singgah pulak ke gerai kueh..beli beberapa jenis kueh untuk minum petang. Auntie juga pi bayar utang kat tokey kueh tu...3 bulan sudah Auntie pi makan nasi lemak kat gerai dia boleh lupa bayar...:-) nasib baik tersedar..... Alhamdulillah, hujan dah turun. Dua hari berturut-turut.Sejuk le sikit keadaan. ************************************************ Malam tadi, Jim dengan bangganya menunjukkan kertas ujian bulanannya. Kertas BM, BI dan Sejarah. Tak de lain dia nak bodek untuk top-up credit h/phonenya. Cik Din turun dari bilik atas sambil mengomel...."Jim, apa pasal suka membega h/phone ayah nih?...kan dah banyak kali ayah kata jangan diusik...." Patut le Cik Din tak berkenan...Jim sudah taruk " My Love Yan" kat screen h/phone Cik Din!!!!
Hemm...dah tua,tua, malu pulak.....dulu Jim letak "Janji Rock".... Cik Din geleng kepala je. ....:-) **************************************************** |