Pantun

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2005-03-11 9:15 a.m.

Pantun.


Malam tadi Auntie terjaga jam 2.30, rasa nak kebilik air.Rasa malas sungguh nak bangun sebab tengah sedap tidur.Sebelum tengok jam, Auntie dok agak-agak tentu hari dah hampir siang...sebab terdengar juga bunyi ayam berkokok.(Ada jiran bela ayam walau pun undang-undang dok kuarters kata tak boleh bela binatang)Sebelum ke bilik air, Auntie tengok jam....lo!...awal lagi baru pukul 2.30....rasa macam dah lama tidur....apa pulak tak lamanya, Auntie naik tidur awal semalam setelah satu hari sakit lutut menyerang.Lepas makan malam, telan segala ubat dan tidur.Lepas ke bilik air dah susah pulak nak lena, pusing kiri, pusing kanan tak lena juga...baca segala doa segala ayat, punn tak lena juga....akhirnya jam loceng berbunyi...arghhhh,dah nak kena bangun pulak.Dah pagi rupanya.

Alhamdulillah...sakit dah berkurangan, tidak lagi terbongkok-bongkok.Turun ke dapur, cadangnya nak masak nasi goring untuk b/fast..lo, bila dibuka periok nasi,rupanya nasi pun dah habis...ni, mesti Anja makan banyak semalam.Anja, walau pun dah duduk dengan kenkawan, setiap hari lepas kerja dia balik kerumah.Lepas maghrib, lepas makan malam baru dia balik ke sarangnya.....Dia kata kena tengok muka mak setiap hari....ye le tuh!
Oleh kerana nasi sejuk dah habis, Auntie hanya goreng nugget, masak baked bean untuk dicicah dengan roti....dan masak maggie goreng untuk Jim.

******************************************************

Ini pantun yang dicipta khas oleh mal aka. azhan - Detik Jantung.

"Manis sekali Kak Yan-ku ini,
Jalan berdua dengan suami,
50 tahun telah kau jalani,
Panjang umur di murah rezeki
Kak Yan memakai Nyonya Kebaya
Cik Din disisi terasa bangga
Umur bertambah hanyalah angka."

Terima kasih mal...sayanggggg mal muahh!...muahhh...!

Mal, Akak tak pandai nak balas pantun tu...tapi nak jawab le jugak.

i).....:-) Kak Yan memang manis!!! tidak syak lagi! auwwwww!!!!
ii) sentiasa jalan berdua, sekali-sekala berpegangan tangan (terutama masa nak lintas jalan hi!...hi!
iii) Yup, kami dua orang dah 50 tawon!!!
iv) Insyaallah panjang umur , murah rezeki..
v) Lo!.....mana sesuai pakai Kebaya Nyonya...la ni yang sesuainya..cam jubah-jubaj je!
vii)....Ya, umur hanya angka. Dia tetap akan berubah setiap tahun.

Terima kasih Mal. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Rasa bahgia sekali ramai kenkawan yang ingat dan yang perihatin.

************************************************

Result exam dah keluar.Sana-sini orang dok cerita.Tahniah pada anak-anak yang berjaya.Ramai yang score banyak A. Ramai mak-ayah yang senyum lebar pasai anak depa dapat A berjela.Tahniah le pada depa semua.

************************************************