5 bintang * * * * *

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2005-03-15 3:42 p.m.
Please click kat archives untuk baca up-date terkini.


5 bintang * * * * *


Sejak kebelakangan ini Auntie rasa macam dah tak bersemangat nak buat kerja.Kerja kat ofis nih boleh tahan jugak.Banyak surat yang belum berjawap.Banyak yang masih berstatus KIV.Auntie bukan ada kuasa nak buat keputusan. Sepatutnya orang yang lebih layak yang akan mengambil keputusan muktamad.Tapi, apakan daya....surat terus terperap.Yang berkuasa asyik ada mesyuarat sana sini.Kursus sana sini....isy....kerja yang simple, jadi macam susah beno....esok jangan dok tanya kenapa lambat jawap surat...jawap sendiri ye....:-(

Sejak Auntie mohon bertukar, rasa macam dah tak sabar nak ke tempat baru.Berubah tempat, beralih angin. Mana tahu lebih baik, lebih seronok. Yang penting semangat baru....menjelang umur 50 tawon! Selalunya gitu le kita.Harap tempat baru akan menjanjikan seribu satu kebaikkan.Walau pun tempat baru, kenkawan dah pun dikenali. Doa-doakan semoga Auntie dapat ke tempat baru.

Entah le, mungkin secara kebetulan, termasuk Auntie, ada 3 orang staf lagi, yang sedang menunggu jawapan untuk bertukar ke tempat lain.Sorang nak ke Seremban....dia ni macam 99% dak ok. Begitu juga peon kami...tunggu masa je nak pergi. Kerani bhg. kami pulak nak letak jawatan. Dia nih baru sangat lagi dapat kerja dengan gomen....dah nak resign pulak.Katanya susah kerja kat KL, banyak belanja, banyak problem....bebudak sekarang tak tahan cabaran. Dia asal dari Penang...budaknya lawa..'chom bee' lagi.Dia kata dia dapat kerja dengan sebuah Bank disana...tak pe le kalau dah ada kerja lain. Rezeki ada dimana-mana.Dia pun katanya dah nak nikah...mungkin itu sebab yang utamanya:-)

Masa Auntie mula masuk kerja dulu, tak ramai yang pakai kereta, hanya bos-bos atau mereka-mereka yang dah kawin atau yang dah lama bekerja. Setakat bekerja baru 4,5 tahun, semuanya datang kerja bergayut naik bas Sri Jaya (la, dah tak dak)atau naik bas mini, dari peon sampai engineer semua kejar bas je. Time dapat gaji naik teksi.Sekarang, budak kerja part time (kerja gaji hari)pun datang kerja bawak 4wD....hatta, budak Indon kerja cleaner pun datang kerja naik skuter yang comel tuh!.Agaknya sebab tu jalan KL ni, kat mana cerok pun asyik jammed je...setiap kereta hanya ada sorang saja yang naik, paling kuat 2 orang satu kereta.Mewah sungguh kita nih.Nasib baik Auntie sengkek....kalau tidak, Auntie akan beli dua bijik kereta lagi. Satu untuk Auntie, satu untuk Anja.Tahun depan pulak, beli pulak untuk Amir, dan 3, 4 tahun lepas tu beli pulak untuk Si Jim...angan-angan orang tak berduit gitu le.....;-)

Boss Auntie Pn. F, baru balik bercuti. Dia pergi ke Perth, Australia. Tak lama cuma 4 hari je.Dapat le makan coklat 3 bijik sorang.Sedap coklat tu. Kat Malaysia tak dak kot.Hemm....lekat celah gigi!! Nanti le. Auntie ada banyak kawan cangih-cangih...kat US ada, kat Okinawa ada, UK ada.....Arab Saudi pun ada...nanti depa nak balik Malaysia esok Auntie akan minta depa belikan bebanyak,biar coklat tu melekat kat bibir dan meleleh kedagu, biar Auntie dapat distribute kat ofis nih....nak harap Auntie pergi ntah bila ye?....Rasa macam nak anto SMS kat Siti Nurhaliza....boleh ikut rombongan dia ke UK buat persembahan kat Albert Hall tuh.(kalau terpilih)....lagi Auntie pasang angan-angan.

Ni cuti sekolah..MA dah bawak anak-anak dia gi T'ganu, N datang KL...Auntie tak kemana pun...pergi ofis, balik rumah, pergi ofis, balik rumah.Rutin yang sungguh boring!...

Rasa macam nak ajak Cik Din pi tidur hotel 5 bintang...........yessszer!!!:-)

**********************************************************