![]() |
Yang Istimewa. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2005-03-26 7:33 a.m. Yang Istimewa. Alhamdulillah....dengan izinNya, Auntie masih dapat menikmati kehidupan dunia ini hingga dapat mencecah ke angka 50 tawon! Bukan semua orang dapat sampai ke angka keramat ini. Yang tua tidak semestinya pergi dulu.Yang muda bukan bermakna lambat lagi. Semuanya atas ketentuanNya. Sama-sama kita mendoakan agar Allah memanjangkan umur kita dan kehidupan kita sentiasa diberkati. Dengan kelebihan umur itu diharap memberi manafaat pada diri kita bukan mensia-siakan waktu yang diberiNya. Auntie sangat berharap agar Auntie akan lebih menjadi makhloknya yang bertawkkal, lebih beriman, banyak bersyukur, lebih redho, banyak bersabar….tidak lagi mengulangi kesilapan lalu….apa lagi melakukan dosa-dosa. Hidup didunia sangatlah Dah berbagai harapan dan impian tercapai dan banyak yang telah menjadi kenyataan, namun sebagai manusia, kita terus terusan mengharap akan mendapat lebih lagi….yang terkadang-kadang kita lupa pulak nak ucap syukur….itu lah sifat kita.(terutamanya Auntie le…..) Auntie juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberi ucapan dan doa.Paling istimewa Auntie dapat jambangan bunga ros merah dari Cik N.Terima kasih. Akan ku kenang sehingga akhir hayat. Pada Mal yang bersusah payah pulak mengrequest lagu melalui Radio Era….t/kasih.Terharu rasanya….tersentuh jiwa tua Auntie…! Pada yang Auntie tak sebut nama, harap tidak berkecil hati…nama-nama kamu semua tetap tersemat dihati. Istimewa jugak...Auntie dapat call dari seorang jejaka yang jauh diperantauan...yang bernama Joeperantau......(wah!...suara dia...manja-manja gitu...auwww!) Banyak juga yang kami sembangkan. Jangan jeles. Apa?..hadiah dari Cik Din?....dia kata cargo belum sampai lagi!!!....:) tak pe le kita tunggu saja…..mana tahu, dia order sekor gajah ke, atau badak sumbu ke untuk Auntie… Tengaharinya pulak ada kawan lama yang bagi lunch...ingatkan dia nak bawak kat kedai mamak je, rupanya dia bawak pi makan kat Hotel Legend.Alhamdulillah...orang nak belanja, kita bantai je le.....Auntie kenyang sampai ke malam! Auntie tak pergi berduaan dengannya…maklum kawan ni lelaki….Auntie bawak j/taip, kerani dan ofis boy untuk bersama Auntie. Depa bertiga ni pun, insyaallah akan bertukar ketempat/ofis lain. Auntie ambil kesempatan bawak depa makan ke tempat begini, sebab selalunya tak de sapa nak bawak atau teringat nak ajak depa makan kat tempat begini……suka sesangat hati depa…..”Lo…Kak Yan….kami tak pernah makan begini…tak sangka nak ajak kami”….ceria sungguh depa nih!....Auntie lagi rasa seronok kerana dapat menyeronokkan depa. Saat yang bahgia tak datang selalu….hemmm..10 tahun lagi Auntie akan berusia 60 tawon…insyaallah kalau di panjangkan umur…mungkin dapat banyak bunga lagi. Auntie kenyang sampai ke malam….tapi kena memasak juga, anakku dan Cik Din ku nak makan apa pulak jika Auntie ‘mogok’ memasak? Cik Din kurang minat dengan makanan yang dibeli…..telur goreng atau ikan masin pun ok, janji yang dimasak dirumah….sesekali makan kat luar ok le…. Memang angka 50 ini sesuatu yang sangat istimewa.Kata kawan Auntie 1/2 abad, separuh drp 100....50%....50-50...apa lagi ye?... Auntie tetap rasa macam tu jugak le...cuma bila pandang cermin baru terperasan usia sudah meningkat. Badan pun sudah sakit sana, sini….(lutut memang dah confirm condem)…ingatan pun dah mula kureng…walau bagaimana pun, Auntie tetap bersyukur kepada Allah….biarle Auntie tua gracefully….dengan minda yang sentiasa terbuka, sentiasa bersangkan baik dan setiasa positif terhadap kehidupan…insyaallah. Amin. **************************************************************** |