![]() |
Aktiviti lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2005-03-26 7:37 a.m.
********************************************* Banyak event berlaku minggu nih...banyak yang seronok drp yang tak seronok. ********************************************* Dah nak masuk bulan April ni.Bebudak sekolah banyak sekali aktivitinya. Jim pun rancak juga macam anak Mak Andeh si Abang. Jim sekolah petang juga. Macam si Anja, Jim aktif dalan sukan. Dia terpilih untuk represent rumahnya (Rumah Kuning)dalam banyak acara, antaranya lari 100meter, 200meter, relay (100m &400m), lompat tinggi, lompat jauh dan juga melontar peluru.Untuk pasukan berunifom Jim pilih untuk masuk silat, bagus jugak tu, sekurang-kurangnya ada juga baik untuk diri sendiri.Asalnya Auntie suruh dia masuk pengakap atau kedet polis.Dia bagi alasan...kalau masuk pengakap..asyik kena kutip sampah keliling sekolah je mak, kalau kadet polis pulak, unifomnya mahal...takut mak tak de duit pulak,...hi..hi...dia pandai-pandai buat andaiannya sendiri. ********************************************* Anak-anak Auntie memang aktif bersukan, mungkin kami, (Auntie dan Cik Din) 'menurunkan bakat' kami masa muda pada anak-anak. Cik Din memang aktif pada zaman mudanya.Dia aktif dengan sukan di balapan dan juga segala game...bola sepak, badminton, volleyball, table tennis, tennis,dart...memanah.La ni dia dah lupakan segala games tu.Dia hanya aktif berjogging 3 atau 4 kali seminggu.Nak main golf bukan le standard Cik Din, nak beli satu kayu pemukul pun tak mampu.Beli bola golf sebijik boleh le kot.Tapi kami berdua minat pulak tengok orang main golf..kat TV je le....faham juga le sesikit....'hole in one'...'berdie'...'bawah-par'.... Auntie juga begitu. Masa sekolah, walau pun Auntie tidak le represent sekolah atau zone...at least Auntie sentiasa terpilih untuk represent pasukan rumah.( Auntie rumah merah dulu, N.)Antara acara yang selalu Auntie terpilih ialah lari 100meter, relay 100m & 400m. repsent juga main bola jaring, volleyball dan hockey. Volleyball dan hockey tu sebenarnya Auntie idak le gemo sangat, tapi depa dok ambil juga, nak cukupkan orang, kalau bola jaring boleh dikatakan 'hebat, juga le....main wing-attack....:)..pasukan kami juga pernah jadi Johan antara rumah. ********************************************** Si Anja memang pegang tittle 'best all round athelete' sekolahnya.Dia juga wakil sekolah peringkat zone...sebenarnya dia memang boleh pergi jauh...sayang si Anja ni kurang berdisplin + malas....ayahnya selalu kata kalau rajin buat latihan mungkin dia boleh at least represent state.Sejak kerja ni, nampak dia macam dah boleh berfikir sikit. Sekarang dia dah main bola untuk Kelab Belia Sinaran (Kelab division 1 - Selangor...betulkan Auntie kalau silap ye).Kalau le Anja ni kuat disiplinnya tak le huru-hara budgetnya....sebab main bola tu dia dapat elaun dalam RM300/- sebulan.Makan minum ditanggung..isy..apa nak lagi...tapi, budak bertuah tu gitu le...sokmo buat lembek tengkok,kat mak dia,kalau keputusan duit.Kenkadang Auntie buat dunno je....ada masa hati ibu ni rasa sayu le pulak...satu lagi takut pulak dia pandai buat hutang dengan kenkawannya...atau pi cari Along pulak...nahas nanti tuh... ********************************************** Si Amir pulak masa sekolah rendah langsung tak minat bab sukan nih.Apa acara pun dia tak terpilih.Yang dia main hanya bola baling, dia dapat wakil sekolah untuk zone Pudu. Dia minat mengadap komputer main game dan mengadap TV...tengok VCD berulang kali sampai dia hafal segala dialog setiap cerita yang jadi pilihannya. Ada juga baiknya sebab dari situ dia dapat juga manafaatnya....dia cepat menangkap bahasa mat saleh tu..alhamdulillah dia dapat A bagi subjek BInya masa PMR tu, dan masih maintain A untuk subjek tu. ************************************************* |