Best Friend.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2005-04-04 12:36 p.m.


Best Friend.

Isy, rasa macam ceria sesangat hari ni. Alhamdulullah.Dah tua-tua ni, susah jugak nak rasa ceria...tambahan pulak dah nak dekat menapouse ni.Selalu je rasa gundah gulana tak tentu sebab. Ada masa tu rasa macam boring sangat. Ada masa rasa macam malas nak pandang muka orang pun.Nak kena minta advise doktor ke?.

Sejak rajin menebeng di tag-board kawan sorang ni rasa seronok pulak...rasa macam muda kembali.

Bila berada di rumah selalu jugak berbincang dengan Cik Din apa kami nak buat bila bersara nanti.Kadang-kadang perancanganya bukan main bernas lagi. Kenkadang tu kami merapu je yang lebihnya.Kami memang orang yang tak berduit...angan-angan je yang lebihnya. Kata kawan Auntie kita berangan boleh saja...bukan kena bayar pun. Auntie dengan Cik Din memang suka merapu...kami memang macam best friend. Ada masa kami bergaduh juga.Kami gaduh tak lama.Tak berpanjangan.Gaduh-gaduh manja gitu...Awwww!
Dulu, Auntie ada ramai kawan baik yang sebaya. La ni, depa ramai dah pindah ofis lain.Yang dah mati pun ada.Kini tinggal bebudak muda, pangkat adik dan anak-anak saja. Auntie dah jadi macam pegawai biro pengaduan awam... depa mengadu itu ini.Habis Auntie pulak tak de tempat nak mengadu.Nasib baik ada ramai kawan bloggers dan tempat ni pulak jadi tempat luahan perasaan.Balik rumah ngadu kat Cik Din...dia pulak ngadu kat Auntie.

Hari Sabtu baru nih, hari tak berkerja, seronok sungguh dok bersantai kat rumah...paginya Cik Din pergi pasar. Jim pulak buat pertama kalinya pergi ke Time Square dengan kenkawannya.Depa pergi naik bas.Auntie bagi peluang dia belajar naik bas.Bukan jauh mana pun dari rumah Auntie. Kalau berkereta hanya 5 minit saja.Auntie siap masak cepat hari tu. kami berdua pi kat used car dekat rumah. Nak tahu apa kami buat....pi survey tengok kereta.....kah!...kah!....kereta Mercedes!...pi tanya rega...buka pintu dia, tengok kat dalamnya tanya itu, tanya ini.....lagak macam nak beli...(ada gaya jugak rupanya kami ni)kesian sales man tuh...bukan main layan lagi....dah puas tengok kami dapat minum air free sorang sebotol...kami blah le. Dalam kereta kami gelak geli hati!....apa punya perangai orang tua berdua nih!!!....saja suka-suka!...sebenarnya kami hanya sesuai survey kereta kancil 2nd. hand je....suvey saja, bukan beli.Angan-angan nak beli ada juga...baru dok tengah impun duit. Kalau Auntie ada kancil nanti senang Auntie nak jumpa geng..terutamanya geng GLB...tak payah orang nak menjemput atau menghantar....panjang langkah makcik nanti.Tak tahu tahun yamg mana angan-angan menjadi kenyataan.

**********************************************************

Malam tadi tengok Anugerah Berita Harian kat TV3. Rasanya kali ni pengacaranya tak le over sangat..Ogy nampak lawa sungguh dengan baju hitam tu...Persembahan kurang menarik le...except masa Hazami dan sapa ke nama anak hindu tu...apa Jacklyn? dan Misha Omar masa dia nyanyi lagu lama Uji Rashid...sayangnya tengah dia nyanyi boleh di interup dengan iklan pulak. Ciss!
Wah! Siti menang lagi....rezeki,rezeki,rezeki....apa nak kata, fans dia ramai...biar pun macam-macam orang kutuk dia, dia nampaknya belum jatuh lagi....bertuahh badan. Dah le lawa....asyik-asyik orang dok kata dia kampung girl...hai hina sangat ke kalau dari kampung? Satu lagi orang kata dia tak pandai orang putih....Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan.Setakat tak pandai orang putih tu...kan ke bisa di urus...Celion Dion pun dulu tak pandai omputih gak....
Nak tengok gambo Siti boleh je pergi ke blog kak Teh.

************************************************************